WOWWW SEKALI INI TAK PAYAH BEREMBUN PUKUL 3 PAGI TUNGGU KAT IMIGRESEN ..Panduan Perbaharui Passport di Laman MyIMMS Secara Online

Panduan Perbaharui Passport di Laman MyIMMS Secara Online





Panduan Perbaharui Passport MyIMMS Secara Online Terkini 2016 . Bermula 1 September 2016, pembaharuan passport Malaysia kini boleh dilakukan secara online, menerusi MyIMMS atau dikenali sebagai MyOnline Passport.
Pihak Kerajaan sentiasa membaiki system yang sedia ada bagi memastikan keselesaan buat semua.
Bermulanya  sistem ini, keperluan anda untuk anda hadir ke Pejabat Imigresen Cuma untuk menerima passport yang telah siap sahaja. Anda tidak perlu hadir untuk permohonan dan proses pembaharuan (renew) passport anda. Anda cuma perlu hadir untuk ambil passport anda yang telah siap diproses sahaja. Bayaran untuk permohonan perbaharui passport juga boleh dilakukan secara online .. samada dengan menggunakan kad kredit atau debit terus (FPX).

Apa itu MyIMMS.

MyIMMS adalah satu kaedah untuk kemudahan bagi rakyat dan warganegara Malaysia membuat permohonan pembaharuan passport Malaysia tanpa perlu lagi menerusi kaunter Pejabat Imigresen.
Hebat bukan. Cara ini boleh dilakukan dengan mudah dirumah atau dimana-mana sahaja, yang penting terdapat liputan internet. Malah dengan cara ini juga akan menjimatkan masa anda.
Malah dengan sistem ini, pembayaran permohonan untuk passport baru boleh menggunakan kad kredit dan juga debit secara terus (FPX).
Menerusi laman e-service MyIMMS, pemohon boleh memilih untuk mengambil pasport di pejabat pengeluar passport yang disenaraikan dalam sistem. Tarikh dan masa pengambilan passport pula akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat seperti di bawah:
  • Permohonan yang dibuat sebelum jam 3 petang hari bekerja akan diserahkan pada hari yang sama
  • Permohonan selepas jam 3 petang akan diserahkan pada jam 10 pagi hari bekerja berikutnya.
  • Empat negeri dan dua Pusat Transformasi Bandar (UTC) telah dipilih sebagai sebahagian daripada program perintis untuk mengeluarkan pasport diperbaharui.
  • Lokasi : Pahang, Sarawak, Pulau Pinang, Putrajaya dan 2 UTC di Pudu Sentral, Kuala Lumpur dan UTC Galleria @ Kotaraya, Johor.
Baca Lagi :   Wah!!! Elaun ADUN Kelantan Naik Jadi RM8,000 Sebulan?
Sebelum anda menggunakan sistem online untuk perbaharui passport anda, pastikan anda terlebih dahulu menyediakan gambar mengikut spesfikasi yang telah ditetapkan seperti berikut:
  • Latar belakang gambar mesti berwarna putih tanpa bayang. Latar belakang menggunakan warna lain tidak akan diterima.
  • Pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada
  • Bagi perempuan yang memakai tudung kepala atau hijab mesti memakai tudung/hijab yang berwarna gelap dan tidak boleh menutup muka.
  • Gambar yang dimuatnaik mestilah dalam bentuk softcopy(*.jpg/*.png) yang diambil oleh kedai gambar profesional. Gambar polaroid tidak dibenarkan.
Kegagalan anda menyediakan gambar seperti yang dispesifikasikan akan menyebabkan kelewatan permohonan, atau dengan kata lain 'put on hold'. Untuk mudahkan anda, sila lihat contoh gambar di bawah sebagai panduan (ikut ukuran diberikan):

Terma dan Syarat Pembaharuan Passport Secara Online di e-service MyIMMS.

Di bawah ini adalah terma dan syarat untuk melakukan renew passport secara dalam talian (online) menerusi MyOnline Passport:
  1. Pemohon mesti berumur 13 tahun keatas yang telah dikeluarkan dengan e-pasport (pasport bercip).
  2. Pemohon perlu mengisi maklumat yang benar dan tepat di dalam ruangan yang disediakan dalam sistem. Jika terdapat maklumat/akuan palsu, permohonan akan ditolak dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 12(1)(c) Akta Pasport 1966 (Akta 150).
  3. Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun: Hanya penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran semasa permohonan yang terdahulu dibenarkan membuat permohonan secara atas talian. Penjaga yang sah perlu hadir di pejabat imigresen semasa pengambilan pasport tersebut. Jika penjaga tidak hadir bersama, pasport tersebut tidak akan diserahkan.
  4. Pemohon mesti memuatnaik gambar/foto bersaiz pasport yang terbaharu.
  5. Pemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil pasport dengan mengemukakan kad pengenalan, pasport sedia ada dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan.
    Kegagalan mengemukakan dokumen atau hadir akan menyebabkan pasport tidak akan diserah.
  6. Pasport pembaharuan di dalam keadaan biasa sahaja
  7. Buku Pasport mestilah didalam keadaan baik (tidak rosak, berconteng, terkena air).
  8. Bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit/debit terus (FPX). Kadar bayaran adalah seperti berikut: i. Permohonan Biasa 13 - 59 tahun - RM 200, ii. Warga Emas (60 tahun keatas) - RM100
Baca Lagi :   ICOMM MPAJ Memudahkan Urusan Penduduk Dengan Majlis Perbandaran Ampang Jaya
Tambahan:
  1. Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun perlu membawa sijil kelahiran dan penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran perlu hadir bersama.
  2. Sekiranya pemohon atau penjaga tidak hadir semasa kutipan pasport, pasport tersebut tidak akan diserahkan.
Apabila perkara-perkara di atas telah anda penuhi, maka langkah seterusnya ialah untuk login ke dalam sistem memperbaharui (renew) passport secara atas talian (online) MyOnline Passport atau MyIMMS.
Sebelum anda ke system online ini, pastikan terlebih dahulu semua keperluan di atas disediakan,
Jika sudah.. mari kita bermula.
Sila lihat kembali senarai semak di bawah ini yang perlu anda sediakan dan penting untuk pemohonan di  MyOnline Passport atau MyIMMS:
  1. Buku passport anda
  2. Kad pengenalan
  3. Gambar dalam bentuk softcopy seperti yang telah disarankan di atas
  4. Cawangan pejabat Imigresen berhampiran dengan tempat anda
kemudian ... sila ke pautan berikut - https://eservices.imi.gov.my/myimms atau
Isi butiran yang diminta dengan cermat dan betul iaitu, nombor passport, nombor kad pengenalan, jenis passport, kategori kad pengenalan dan juga pejabat serahan passport.
Jika permohonan dibuat untuk mereka berumur 18 tahun ke bawah, anda perlu lengkapkan butiran tambahan iaitu kad pengenalan penjaga.
Anda juga boleh membuat semakan permohonan di laman web yang sama. Semak dahulu sebelum anda ke pejabat Imigresen untuk ambil passport baru anda. Sebagai makluman kepada anda, proses untuk mendapatkan passport antarabangsa yang baru boleh diperoleh dalam tempoh 1 jam selepas pembayaran dibuat (mengikut siaran akhbar oleh pihak Imigresen pada 2 Ogos 2016 - rujuk sini).
WOWWW SEKALI INI TAK PAYAH BEREMBUN PUKUL 3 PAGI TUNGGU KAT IMIGRESEN ..Panduan Perbaharui Passport di Laman MyIMMS Secara Online WOWWW SEKALI INI  TAK PAYAH BEREMBUN PUKUL 3 PAGI TUNGGU KAT IMIGRESEN ..Panduan Perbaharui Passport di Laman MyIMMS Secara Online Reviewed by MD on 12:46:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.