APA JENIS IBU LAAA TAK PASAL-PASAL VIRAL DI FB.. Ibu sanggup tinggal anak di tengah panas untuk 'reserve' petak parkir


SEORANG kanak-kanak ditinggalkan ibunya di petak letak kereta. - foto dari facebook

KUALA LUMPUR - Seorang ibu sanggup meninggalkan anaknya yang masih belum mengerti apa-apa bersendirian di tengah-tengah panas hanya semata-mata untuk memastikan si ibu mendapat petak tempat letak kereta berkenaan.

Kejadian itu dikatakan berlaku di kawasan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.

Orang yang lalu lalang menyangka kanak-kanak berkenaan sesat.

Namun apabila ditanya, didapati dia diarahkan oleh ibunya untuk duduk di situ sementara ibunya mengalihkan kereta untuk diletakkan di petak berkenaan.

Ganbar budak berkenaan yang duduk di tengah panas di tempat letak kereta itu telah menjadi viral di laman Facebook, dan ada mereka yang menyaksikan kejadian itu menulis di laman sosial tersebut bahawa kanak-kanak itu ditinggalkan ibunya di situ kira-kira 20 minit.

Tindakan ibu berkenaan telah mendapat kritikan daripada netizen yang mana ada yang menyifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab.
APA JENIS IBU LAAA TAK PASAL-PASAL VIRAL DI FB.. Ibu sanggup tinggal anak di tengah panas untuk 'reserve' petak parkir APA JENIS IBU LAAA TAK PASAL-PASAL VIRAL DI FB.. Ibu sanggup tinggal anak di tengah panas untuk 'reserve' petak parkir Reviewed by MD on 6:51:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.