Lelaki "MISTERI" Tiba² Muncul Pecah Rumah Sewa Perempuan Sebab Nak SOLAT. Memang CUAK Lah Tiba² Depan Pintu !!!

Lelaki "MISTERI" Tiba² Muncul Pecah Rumah Sewa Perempuan Sebab Nak SOLAT. Memang CUAK Lah Tiba² Depan Pintu !!! - HARIAN METRONI
Lelaki “MISTERI” Tiba² Muncul Pecah Rumah Sewa Perempuan Sebab Nak SOLAT. Memang CUAK Lah Tiba² Depan Pintu !!! | “Rambut sama hitam, hati lain-lain”. Ada macam-macam perangai orang dalam dunia ni yang tak boleh kita duga. Sama ada dia berniat jahat atau tidak, itu pun tak dapat kita pastikan walaupun tindakannya mungkin aneh dan boleh mengancam keselamatan orang lain.
Kisah ini dikongsikan dengan tujuan supaya orang ramai lebih berhati-hati dengan penceroboh yang berpotensi memasuki rumah ketika ketiadaan kita. Rumah sewa gadis-gadis ini dikunjungi oleh seorang ‘tetamu tidak diundang’ berkelakuan aneh. Apa yang lelaki misteri itu mahukan sebenarnya?
• Setiap kejadian housemates terus call and update dalam group whatsapp.
Khamis last week lepas habis kerja saya balik rumah family terus.
Housemates yang lain macam biasa balik rumah waktu yang biasa kami sampai setiap hari lepas kerja.
Sesampai je housemates kat rumah, nak park kereta so buka auto gate, tengok hose bersepah dekat porch (lantai basah). Then dia turun kereta kejap, nak alihkan hose. Tiba tiba ada lelaki tak dikenali datang pada dia dan paksa ambil sejadah dari dia. 🙄
(Bila dah di paksa, terpaksa la ambil walaupun cuak). Then lelaki tu pergi.
Bila housemates ready nak masuk rumah, sekali tengok main door dah memang terbuka, dalam rumah ada beberapa lampu menyala, beberapa surat tuan rumah terbuka, & langsir disisir.
👉🏻👈🏻
8 malam polis sampai dan buat pengesahan samada ada kehilangan barang atau tak.
8.30 malam housemates (semua 4 orang) pergi buat report di balai.
11.50 malam settle semua di balai, polis datang rumah for inspection.
12.15 tengah malam agent yang jaga rumah datang (kak zati & husband) nak tengok kerosakan main door.
12.50 tengah malam lelaki tu datang semula dan berdiri di front door dia bagi salam dan terus masuk ke hall. Housemates yang duduk dekat hall terus menjerittt dan lariii ke kak zati kat dapur.
Lelaki tu terus cakap,
“ehhh kenapa lari, macam nampak hantu” (giggled)
kau rasa? 😑
Kak zati dengan tenangnya pergi dekat dia, ajak berbual untuk tarik perhatian dia sambil berjalan keluar. (Sementara yang lain call polis).
Dia cakap dia tahu dia salah, pecah masuk rumah ni. Dia nak tumpang sembahyang je. Dan dia bagi tahu dia berjaya rentap pintu rumah sebab diri dia waktu tu ibarat ada 100 orang manusia punya tenaga. 😭
• Hari kedua pun dia masih ada disekeliling rumah. Sebab rumah dia dekat dekat sini je. 😢😢
• Ada video dan audio creepy dia. Cakap tentang ilmu ilmu dia. Serammm.
NAK PINDAH! 😭
Dibawah ini kami sertakan screenshot perbualan group WhatsApp antara penyewa-penyewa dengan tuan rumah yang dipanggil ‘Aunty‘ ketika kejadian mencemaskan ini berlaku. Serius, sambil baca dapat bayangkan perasaan takut gadis-gadis ini. Cuak beb!
12345678910
Update: Setelah diserahkan kepada pihak polis, lelaki aneh tersebut tidak lagi kelihatan di perkarangan rumah sewa tersebut. Namun gadis-gadis ini masih berhati-hati dan takut setiap kali pulang ke rumah itu. Mereka masih dalam proses untuk mencari rumah sewa lain kerana bimbang diganggu lagi oleh tetamu tidak diundang it
Lelaki "MISTERI" Tiba² Muncul Pecah Rumah Sewa Perempuan Sebab Nak SOLAT. Memang CUAK Lah Tiba² Depan Pintu !!! Lelaki "MISTERI" Tiba² Muncul Pecah Rumah Sewa Perempuan Sebab Nak SOLAT. Memang CUAK Lah Tiba² Depan Pintu !!! Reviewed by MD on 12:59:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.