Babak Panas Tiz Zaqyah dan Amar Bahrin dalam drama terbaru dikritik

Babak Panas Tiz Zaqyah dan Amar Bahrin dalam drama terbaru dikritik
Tugas sebagai seorang Pakar Physiotherapist telah menemukan Rania Baheera dengan seorang duda yang tiga kali berkahwin, tiga kali bercerai tanpa sebab bernama Irham Zahri. Dan keengganan Irham Zahri untuk bekerjasama dalam setiap sesi terapi yang diatur menambahkan rasa sebal di hati Rania.
Hati yang rimas mula bergetar indah tatkala kehadiran Rania berjaya menghapus bayang-bayang silam dan menyuntik keyakinan buat dirinya. Usaha meraih kepercayaan Rania membuahkan hasil apabila cinta yang dihulur disambut penuh kasih. Dan sekali lagi lafaz akad nikah meniti di bibir Irham Zahri dengan tekad yang perkahwinan ini akan menjadi akadnya yang terakhir. Tiada lagi selepas Rania!
Tatkala dibuai keindahan menikmati alam berumah tangga, hubungan Rania dan Irham Zahri bergoncang dengan kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan juga sikap melindungi Fazriq.Mampukah akad yang dilafaz menjadi akad terakhir yang kekal sehingga ke hujung nyawa?
akad1
Begitulah sinopsis drama yang sedang hangat pada ketika ini.Lakonan mantap Amar dan Tizz Zaqyah sememangnya membuatkan penonoton terpana. Namun sampai je part adegan 18 tu penonton mempersoalkan perlukah babak sebegitu dipertontonkan kepada umum?
Namun, sejak semalam satu adegan panas dimana babak watak Irham Zahri lakonan Amar merogol Rania Baheera lakonan Tiz mendapat perhatian ramai.
Malah, video babak panas itu menjadi viral di media sosial.
Beberapa pihak agak terkejut melihat aksi tersebut dan mempersoalkan adakah tidak timbul sedikit pun nafsu dikalangan pelakon. Ada pula yang berpendapat, drama tempatan sudah mula berani menampilkan aksi sebegini untuk tontonan umum.
Erm, sebenarnya mungkin ia cara untuk seseorang pengarah menghidupkan lagi jalan cerita dan lakonan. Fikir positif.
akad2
Harapnya lepas ni producer akan lebih peka dengan sensitiviti seperti ini. Elok elok drama tengah hangat dah buat hal pulak.
Wallahualam.
Babak Panas Tiz Zaqyah dan Amar Bahrin dalam drama terbaru dikritik Babak Panas Tiz Zaqyah dan Amar Bahrin dalam drama terbaru dikritik Reviewed by MD on 2:39:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.