Cinta terhalang dipercayai punca dua beranak dibunuh

kes-bunuh
Johor Bahru
 – Pihak polis menyifatkan kes pembunuhan duaberanak di Taman Puteri Wangsa, Pelangi Indah, Ulu Tiram di sini semalam sebagaiselesai dengan tertangkapnya lapan suspek.
Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lima daripadamereka ditahan di sekitar Pelangi Indah manakala dua lagi yang merupakansuspek utama diberkas di dalam sebuah bas ekpres di Km 142.4, LebuhrayaUtara-Selatan di susur keluar ke Pagoh.
Mereka dipercayai cuba melarikan diri ke Kuala Lumpur.
Beliau berkata turut dirampas daripada kedua-dua suspek itu ialah beberapabarangan yang dipercayai merupakan milik mangsa.
Seorang lagi suspek yang berusia sekitar 20-an ditangkap pada pukul 3 pagitadi di Taman Puteri Wangsa, katanya.

Dalam kejadian itu, seorang wanita berusia 56 tahun dan anak perempuannyayang berumur 16 tahun ditemukan mati di rumah mereka yang dipercayai akibatditikam dan ditetak beberapa kali dengan menggunakan senjata tajam.
Wan Ahmad Najmuddin berkata kesemua suspek berusia antara 18 hingga 20 tahunyang diberkas kurang daripada lapan jam selepas kejadian.
Wan Ahmad Najmuddin berkata motif pembunuhan dipercayai disebabkan ‘cintaterhalang’ terhadap mangsa remaja berkenaan.
Kesemua suspek direman lima hari hingga Isnin ini. – Bernama
Cinta terhalang dipercayai punca dua beranak dibunuh Cinta terhalang dipercayai punca dua beranak dibunuh Reviewed by MD on 9:29:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.