CHE TA MENGAMUK NAIK ANGIN MEROYAM RIUH LAPANGAN TERBANG SABAH BAGASI TIDAK SAMPAI SEKALI DENGAN BADAN..PEDAS BIDASAN DATO F FLY KENA BATANG HIDUNG CHE TA





PELAKON, Rozita Che Wan. - Foto Faris Zainuldin KUALA LUMPUR: Pelakon, Rozita Che Wan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap perkhidmatan sebuah syarikat penerbangan apabila bagasinya lewat diterima mengikut jadual. Rozita berkata, dia dan suami, Zain Saidin, menaiki sebuah pesawat dari sini ke Sabah, semalam, namun apabila tiba di lapangan terbang beg pakaian mereka tidak tiba serentak. "Saya tidak tahu bagaimana pihak syarikat penerbangan itu membuat kerja? Penerbangan saya dari Kuala Lumpur (KL) ke Sabah. Saya sudah sampai, bagasi pula masih di KL. "Saya ke sana kerana ada majlis yang perlu dihadiri. Sekarang, saya terpaksa membatalkan (kehadiran) ke acara itu kerana tiada baju bersesuaian yang perlu dipakai," katanya menerusi video yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya, semalam. Ulas Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, dia hairan bagaimana bagasinya boleh lewat tiba di negeri terbabit, meskipun tidak ramai yang menaiki penerbangan berkenaan ketika itu. "Saya menggunakan perkhidmatan kelas perniagaan dan tidak ramai pun yang menaiki penerbangan itu. Macam mana bagasi saya boleh tercicir? Bukannya ramai pun penumpang lain. "Situasi ini benar-benar memalukan. Perkhidmatan syarikat penerbangan itu sangat mendukacitakan," luahnya. Sementara itu, menerusi Instagram selebriti terbabit, pada sebelah malamnya beliau dilihat berkongsi gambar yang menunjukkan dirinya bersama pakar motivasi, Dr Azizan Osman, menghadiri majlis di Sutera Harbour, Kota Kinabalu. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada itulah acara yang sepatutnya dihadiri pelakon dan ahli perniagaan berkenaan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/195431
CHE TA MENGAMUK NAIK ANGIN MEROYAM RIUH LAPANGAN TERBANG SABAH BAGASI TIDAK SAMPAI SEKALI DENGAN BADAN..PEDAS BIDASAN DATO F FLY KENA BATANG HIDUNG CHE TA CHE TA MENGAMUK NAIK ANGIN MEROYAM RIUH LAPANGAN TERBANG SABAH BAGASI TIDAK SAMPAI SEKALI DENGAN BADAN..PEDAS  BIDASAN DATO F FLY KENA BATANG HIDUNG CHE TA Reviewed by MD on 8:13:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.