Rahsia Sains Dalam Pergerakan Solat Bhg. II (Sujud&Duduk Antara 2 Sujud, Tahiyyat)

Rahsia Sains Dalam Pergerakan Solat Bhg. II (Sujud&Duduk Antara 2 Sujud, Tahiyyat)
Entri yang lepas kami telah menerangkan rahsia sains dalam pergerakan berdiri dan sujud ketika solat. Entri pada kali ini pula kami akan merungkaikan rahsia sains dalam pergerakan sujud dan duduk sama ada duduk dan ketika tahiyyat awal dan akhir.

1. Sujud

Sujud merupakan perbuatan melutut di mana kepala diletakkan di bawah menyentuh tanah menggunakan dahi, dan tapak tangan diletakkan selaras dengan telinga. Seluruh berat badan akan terpikul sepenuhnya kepada otot-otot kedua-dua tapak tangan, kaki, dada, perut, punggung dan leher dan otot-otot kaki. Kepelbagaian pergerakan ini memberikan kesan besar yang menyebabkan darah bergerak ke otak manusia. Sujud  dipercayai mampu memperbaiki peredaran cerebral pada otak dan mengelakkan penyakit iskemia otak (kekurangan darah di otak).
ucm107787
Kajian menunjukkan posisi sujud adalah yang terbaik untuk kesihatan jantung. Seseorang yang mengalami masalah tekanan darah tinggi amat digalakkan untuk sujud dengan lebih kerap dan lebih lama agar dapat mengurangkan kadar denyutan jantung dan menurunkan tekanan.
2
Pengaliran darah ke dalam bahagian otak memberikan kesan baik kepada memori, penglihatan, pendengaran, konsentrasi, dan keupayaan kognitif yang lain. Orang solat secara kerap mempunyai kadar sakit kepala yang rendah, kurang masalah fisiologi dan masalah  kognitif yang lain.
cognitive-thinking
Keunikan posisi sujud menyebabkan otot leher bergerak. Otot leher boleh menanggung beban apabila dahi diletakkan pada tanah dan ini menyebabkan otot leher bertambah kuat, sekaligus menjadikan kepala dapat diimbang dengan baik.
Sujud juga merupakan satu terapi yang baik untuk penyakit uterus dalam kalangan wanita. Ia membantu mengubah semula posisi rahim, buah  pinggang dan membantu mengurangkan tekanan pada paru-paru.
Bagi pesakit obesiti yang ingin menurunkan berat badan bolehlah mengamalkan posisi ini untuk mengurang lemak di bahagian perut kerana posisi ini membolehkan lutut terbentuk sudut tepat membangunkan otot perut.
1

2. Duduk Antara 2 Sujud, Tahiyyat

Posisi duduk antara dua sujud membantu mengeluarkan racun (toksin) dari hati dan menggerakkan tindakan usus besar. Posisi ini juga membantu dalam penghadaman dengan menekankan kandungan perut ke bawah.
Posisi tahiyat yang dilakukan dengan bertemunya lipatan paha dan betis boleh meningkatkan pengeluaran peluh. Ini dapat mengeluarkan mineral dan garam-garam berlebihanyang tersimpan pada lipatan paha.
posisi-duduk-masbuk
Tabiat membengkokkan jari kaki ketika sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyat akhir meningkatkan kadar pembakaran lemak dalam badan dan merendahkan risiko penyakit jantung.
7895891_20150726124317
Gerakan salam dengan mengerakkan kepala ke kanan dan ke kiri dapat merengangkan otot kepala dan leher. Ia merupakan senaman ringan yang membantu dalam  memelihara keanjalan kulit wajah.
5222298_20130413121849
Perbuatan Salam membantu merenggangkan sendi leher dan membantu melegakan bahu dan otot bahagian belakang. Ia melancarkan salur darah di bahagian leher danmengurangkan masalah pening kepala dan migrain.
gerakan salam
Semoga perkongsian ini memberikan anda sedikit ilmu pengetahun tentang rahsia solat yang tidak kita ketahui. Ketahuilah solat bukan sahaja merupakan upacara keagamaan, tetapi juga senaman buat tubuh manusia. Moga diri anda kekal sihat dengan solat!

Rahsia Sains Dalam Pergerakan Solat Bhg. II (Sujud&Duduk Antara 2 Sujud, Tahiyyat) Rahsia Sains Dalam Pergerakan Solat Bhg. II (Sujud&Duduk Antara 2 Sujud, Tahiyyat) Reviewed by MD on 2:48:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.